31 buku mempunyai lambang salib dirampas

LEDANG 14 Dis. – Polis merampas sebanyak 31 naskhah buku bertajuk Mari Kita Memuji Allah Kita serta mempunyai lambang salib di hadapannya di sebuah kedai fotostat di Tangkak, Ledang, pada 5 Disember lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jena-yah Negeri, Datuk Hasnan Hassan berkata, seorang paderi aliran Katolik dan seorang pengikutnya turut ditahan serta dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Ledang untuk dirakam percakapannya.

“Kertas siasatan sudah dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwaraya untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenya-taan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Sebelum ini, seorang paderi Ge-reja St. Andrew di Muar, Cyril Mannayagam mendakwa buku milik-nya yang berjudul Kepujian Kepada Tuhan Allah dirampas dan pihak polis sehingga kini masih belum memulangkannya.

Beliau mendakwa, buku berke-naan untuk kegunaan gereja di Muar dan 100 penganut Kristian daripada pengikut Orang Asli di Bekok, Tangkak yang sudah beker-jasama dengannya sejak empat tahun lalu.

Cyril turut melahirkan kekecewaan dengan rampasan tersebut dan memaklumkan akan membawa perkara berkenaan ke mahkamah jika buku miliknya tidak dikembalikan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ledang, Deputi Superitendan Zainal Mohamed Mohamed berkata, rampasan 31 naskhah berkenaan dibuat selepas menerima aduan orang awam.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan kesalahan atas alasan agama yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci, niat jahat atau memudaratkan keharmonian atau perpaduan.

– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/31-buku-mempunyai-lambang-salib-dirampas-1.36573#sthash.UbpXsKRL.dpuf

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s