Ribut petir di perairan Pahang, Johor, Sabah berterusan hingga malam ini

KUALA LUMPUR: Cuaca ribut petir di perairan Pahang, timur Johor, Sabah (Pantai Barat dan pedalaman) dan Wilayah Persekutuan Labuan dijangka berterusan sehingga malam ini.

Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan berkata, keadaan yang sama turut berlaku di perairan Tioman, Reef North, Bunguran dan Labuan.

Menurut kenyataan itu, keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ketinggian ombak sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot kecil. – BERNAMA

Advertisements