Nur Jazlan nafi dakwaan sertai PKR

JOHOR BAHRU – Ketua Umno Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed menafikan dakwaan beberapa blog yang menyebarkan khabar angin mengenai penyertaannya bersamaPKR dan bakal dilantik sebagai Naib Presiden parti itu.

downloadBeliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Negara(PAC) menegaskan akan terus kekal bersama Umno dan BN walaupun sering memberikan kritikan terhadap pentadbiran dan corak kepimpinan parti itu.

“Saya anak kepada salah seorang pemimpin yang banyak menghidupkan Umno jadi sudah tentu jiwa saya tebal bersama Umno dan tidak akan meninggalkan parti ini.

“Untuk apa saya menyertai pembangkang sedang mereka berpecah tiga dan tiada muafakat antara mereka. Sekurang-kurangnya Umno memegang kepimpinan dalam BN,” katanya.

Advertisements