MB minta rakyat terus berdoa

khaled2JOHOR BAHRU – Seluruh rakyat Johor diseru untuk terus mendoakan Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim agar kembali sihat.

Menteri Besar, Datuk Mohamed Khaled Nordin berkata, Tunku Abdul Jalil telah selamat menjalani rawatan di Guangzhou, China.

“Saya menyeru kepada semua rakyat Johor agar terus mendoakan supaya Yang Amat Mulia Tunku Abdul Jalil Ibni Sultan Ibrahim kembali sihat seperti biasa.

“Semoga Allah SWT akan memakbulkan doa kita semua. Insya-Allah,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Tunku Abdul Jalil kini berada dalam keadaan stabil dan masih dirawat di negara tembok besar itu.

Beliau turut menyampaikan titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang berterima kasih kepada rakyat Johor  yang sentiasa mendoakan kesihatan putera baginda.

Advertisements